Laman cccovid19.mot.gov.my merupakan usaha dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menyediakan laman pendaratan khusus untuk mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa, dan garis panduan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan.
Laman ini juga bertujuan menyampaikan SOP yang terkini bagi pengguna dapat mengakses, memahami serta mempraktikkan agar pengguna dapat kekal dalam keadaan yang selamat dan dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Semua pemain industri pengangkutan dan logistik yang telah berdaftar dipelawa memuat turun surat berkenaan melalui Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di pautan: https://application.mot.gov.my/
Bacaan hebahan media makluman berkaitan, di pautan berikut: Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan Malaysia