Informasi Prosedur Operasi Standard (SOP): 1. Rujuk SOP berkaitan melalui Menu MYSOP; dan 2. Patuh SOP, pakai pelitup muka & guna cecair pembasmi kuman. Informasi di dalam laman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.




ARAHAN TETAP


Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 [P.U.(A) 83/2022]
Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa

1. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan menurut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 [P.U.(A) 83/2022]. SOP ini hendaklah dipatuhi oleh semua individu di seluruh Malaysia dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2022.
2. SOP ini menetapkan keperluan wajib untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Pihak Bertanggungjawab Ke Atas Premis, Pekerja dan Individu hendaklah sentiasa mematuhi SOP semasa menjalankan atau menyertai aktiviti di premis yang berkenaan termasuk kawasan terbuka, ruang tertutup atau di dalam kenderaan. Definisi adalah seperti berikut:


Pihak Bertanggungjawab Ke Atas Premis
Pihak bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan premis atau aktiviti yang dijalankan termasuk pemilik/ pemunya/ penghuni, pemegang pendaftaran/ lesen/ permit beroperasi, operator premis, syarikat, peniaga, majikan, pertubuhan, persatuan, pengurusan rumah ibadat (termasuk masjid dan surau), penganjur, pengatur acara atau tuan rumah untuk kediaman persendirian.

Pekerja
Orang yang digajikan atau ditugaskan oleh Pihak Bertanggungjawab Ke Atas Premis untuk menjalankan sesuatu kerja atau tugas tertentu termasuk kakitangan, tenaga pengajar, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, marsyal/ pengelola/ kru di acara sukan atau hiburan atau sukarelawan.



Individu
Orang yang hadir di premis atau menjalankan aktiviti termasuk pelanggan, pengunjung, penonton, penganut, ibu bapa, murid, pelajar, pelatih atau peserta;
Ibu bapa atau penjaga hendaklah bertanggungjawab terhadap tanggungan masing-masing (contoh: individu di bawah 18 tahun, warga emas, individu kurang upaya dan berkeperluan khas);
Majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya; dan
Pengembara dari luar negara sama ada individu warganegara atau bukan warganegara yang memasuki Malaysia, melalui laluan udara, laut dan darat. Pengembara juga hendaklah mematuhi semua akta, peraturan dan SOP berkaitan keperluan pengembara sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan di Malaysia dan semasa berada di Malaysia.
3. Keperluan Umum dan Tambahan dalam SOP ini hendaklah dipatuhi oleh Pihak Bertanggungjawab Ke Atas Premis, Pekerja dan Individuyang berkaitan melainkan dengan pengecualian tertentu yang telah diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
4. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan SOP ini atau mana-mana arahan Ketua Pengarah Kesihatan atau seseorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta 342, apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya. Pengisytiharan maklumat palsu yang dibuatoleh Individu adalah satu kesalahan di bawah seksyen 22.(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama.
5. Jika sesuatu pertubuhan perbadanan (syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain) melakukan suatu kesalahan di bawah SOP ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuankesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha syarikat atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian:
a. Boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
b. Jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan:
i. Bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
ii. Bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
6. Mana-mana Pekerja dan Individu secara amnya mesti memahami syarat kehadiran di premis atau penyertaan aktiviti-aktiviti tertentu serta akur kepada arahan Pihak Bertanggungjawab Ke Atas Premis semasa berada di premis di mana aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.
7. Bagi kawasan/ lokalitiyang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), SOP PKPD di kawasan/ lokaliti berkenaan adalah berkuat kuasa sehingga tarikh tamat PKPD tersebut.

Selain daripada SOP ini, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa mematuhi undang-undang, ketetapan dan lain-lain arahan yang berkuat kuasa atau dikeluarkan oleh Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa.


PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP)


 
*Muat turun versi poster (Paparan cetakan terbaik adalah dalam saiz A3) SOP 1 APRIL 2022
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan SOP sila layari,
Portal MySOP: https://www.mysop.gov.my/
Portal MKN: https://www.mkn.gov.my/
Portal Protokol Kesihatan COVID-19 KKM: https://covidprotocol.moh.gov.my/